lfrom lukisan dkwah
Assalamualaikum...
Antara petikan yang dipetik daripada khutbah terakhir Nabi SAW:
"....Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada
kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment