ada sorang student baru yang masih xknal cikgu2. so, time breakfast, aku dan seorang cikgu yg dh kawin ni pegi mkn dgn budak2 nih... student baru tu meneka yang mana satu cikgu yang dah berkahwin dan tekaan dia tepat. so, ditanya, macam mana dia boleh tahu. jawapan dia yang membuatkan aku terfikir fikir sampai tahap menulis post ni. dia jawab 'sebab cikgu ainun comel dan cntik, mestilah dah kawin'. satu meja gelakkan aku.
situasi kedua, time QGDP. ada seorang student berumur 6thn yg mmg terkenal dengan sifatnya yang sgt 'jujur' dan suaranya yang sangat 'lembut; sampai kampung sebelah pon dengar. suatu hari, aku membuka cermin mata aku untuk membuang semut yang berkeliaran di kanta dengan bahagianya. si student ni nampak muka ku tanpa cermin mata, terus dia cakap 'eeeeeeyyyyy.. teacher xpakai cermin mata x cantik! ada hitam kt situ!'.. yeahh.. di dalam bilik guru, time suma students ada dalam tuh. skali lagi aku diketawakan. paling epic, mukanya siap dgn 'eeeeeyyy'. and yeap, budak yang sama menjawab 'jerawat' sambil memandang mukaku selepas aku menyuruhnya memberi contoh2 benda yang boleh dibilang.
sebentar td, aku keluar menunggang moto skuterku. sambil berangan, aku terfikir, apa akan jadi kalau aku duduk bersila sambil menunggang memandangkan skuter tidak perlukan sangat fungsi kaki. sambil buat, aku tersenyum bangga sorang2, kendian, aku toleh ke kanan, rupa-rupanya jiranku (lelaki) dengan kawan2 lelakinya suma terdiam, mata masing2 tepat pandang ke arahku. and i'm pretty sure they laughed.
terus aku terfilir, mungkin aku ni ada aura negatif kot, sbb everytime aku buat benda pelik, yg xder org, tetiba je muncul. time aku dok sikit punya ayu mengalahkan siti nurhaliza, sapa pon xnk tgk! macam masa aku memandu, dalam kereta, kebosanan. aku toleh kiri kanan pastikan xdk org, lalu kunyanyikan lagu kuat2 dgn mimik muka yang bertenaga, siap tutup mata menunjukkan aku gila feeling,. aku toleh ke tepi, sekeluarga di dalam kereta ketawa terbahak bahak tengok aksiku. akibatnya aku dapat saman sebab bawak laju, nk cover malu punya pasal.
atau masa aku tunggu bas di amanjaya. sorang. xdk sapa di sebelah. sambil sambil aku meninjau bas datang, aku xperasan yang rupanya mulutku tenrganga dengan keningku yg berkerut. dan aku juga xperasan yang sekumpulan mamat mamat hensem dok sebelahku sambil menahan ketawa dan memandangku. why why?
aku xpernah kisah pon sebelum ni, biarlah, diorg tu bukan kenal aku pon. cuma, kadang2 terfikir memandangkan semua kwn2 ku dh nk kawin dan meningglkan aku sorg2. haha.